Pesawah dilema benih padi kurang stok

- Advertisement -

KANGAR: Kira-kira 300 pesawah di Kampung Surau, Utan Aji dekat sini masih lagi menunggu benih padi bagi musim kedua sejak dua bulan lalu.

- Advertisement -

Bekalan yang dihantar pembekal sejak minggu lalu masih belum mencukupi untuk mengerjakan sawah.

Seorang pesawah Wan Hassan Wan Ismail berkata, bekalan yang dihantar masih belum mencukupi untuk menampung keperluan pesawah.

“Bekalan benih padi yang ada daripada jenis padi kebal, di mana pesawah diwajibkan untuk membeli racun yang terpilih, jika mereka mahu menggunakannya.

“Sebahagian besar petani tidak mampu untuk membeli benih padi jenis tersebut kerana kosnya agak tinggi sehingga boleh mencecah RM80 satu set bersama racun yang perlu dibeli,” katanya di sini.

Malah kata beliau kos meningkat kepada RM200 bagi mengerjakan satu pertiga hektar sawah.

Sebelum ini, lebih 600 pesawah di sini buntu apabila benih padi masih belum diperolehi walaupun pengagihan sepatutnya dibuat pada akhir September lepas. – HARAKAHDAILY 17/10/2019

- Advertisement -