Penduduk bantah kenaikan cukai pintu taksiran

- Advertisement -

PERMATANG PAUH: Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP ternyata tidak mempunyai inisiatif untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri selain terus menjadikan rakyat sebagai sasaran.

- Advertisement -

Terbaru, kenaikan kadar cukai pintu taksiran dalam keadaan ekonomi semasa yang begitu lemah di bawah pimpinan Kerajaan PH menyebabkan rata-rata rakyat merasakan bertambah terbeban.

Lebih-lebih lagi kepada golongan berpendapatan sederhana rendah yang bersolidariti menzahirkan bantahan menerusi tandatangan pada kain rentang di Masjid Jamek Seberang Jaya, di sini.

Kain rentang tertera perkataan “Bantahan Kenaikan Cukai Pintu Taksiran Oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang” itu sebaik dipasang sudah dipenuhi tandatangan awam yang membantah.

Menurut Pengerusi Masjid Jamek Seberang Jaya, Omar Hasan, hal tersebut menjadi mesej rakyat supaya mempertimbangkan bantahan tersebut dan ianya akan diserahkan kepada pihak berkenaan.

Seru beliau, Majlis Bandaraya Seberang Perai seharusnya mendengar suara bantahan tersebut serta mengharap wakil rakyat dan Exco Kerajaan memainkan peranan mereka.

“Bukan hanya berdiam diri dan hanya membantu rakyat bila waktu pilihan raya sahaja,” peringatnya. – HARAKAHDAILY 17/10/2019

- Advertisement -