PAS Batu Gajah bantu mangsa banjir di Siputeh

- Advertisement -

BATU GAJAH: PAS Batu Gajah menerusi Lajnah Penerangan, Lajnah Kebajikan dan Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Kawasan telah bergabung peranan membantu penduduk yang menjadi mangsa banjir.

- Advertisement -

Beberapa perkampungan terutama Kampung Piandang Baru, Siputeh telah ditenggelami air akibat banjir kilat setelah hujan lebat yang menyebablan limpahan air Sungai Bangkong lewat petang 14 Oktober lalu.

Dengan bantuan anggota dipimpin Ketua Penerangan PAS Batu Gajah, Muhammad Fadhzil Adnan, sebanyak enam keluarga melibatkan 20 dewasa, enam kanak-kanak dan tiga warga emas dipindahkan.

Yang DiPertua PAS Batu Gajah, Ismail Ariffin turut hadir menyantuni semua mangsa yang telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Piandang Baru.

Beliau turut mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa terlibat berikutan kebanyakan kediaman telah dinaiki air sekurang-kurangnya 0.6 meter pada malam tersebut.

Penduduk juga telah dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam, Polis DiRaja Malaysia, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan dan Masyarakat serta Jawatankuasa Ketua Kampung.

Menurut Komandan AMAL Batu Gajah, Wan Hammad Wan Alias, keadaan banjir kembali normal pada awal pagi esoknya dan semua penduduk dibenarkan pulang ke kediaman mereka pagi kelmarin. – HARAKAHDAILY 17/10/2019

- Advertisement -