Belanjawan 2020: Mahasiswa layak suarakan bantahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menerima penyerahan memorandum daripada Gerakan Desak Janji Pakatan Harapan (Desak) berhadapan pintu pagar utama Parlimen, hari ini.

- Advertisement -

Beliau mewakili blok pembangkang berkata, dua perkara utama yang menjadi kekhuatiran besar mahasiswa adalan isu berkenaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak disentuh langsung di dalam Belanjawan 2020 serta janji PH untuk mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan.

“PTPTN, tidak disebut langsung di dalam belanjawan, saya fikir mereka layak untuk menyuarakan bantahan, kerana (mereka sudah) berjanji (di dalam) manifiesto kemudian, dalam Belanjawan 2020 ini pun langsung tak disentuh tentang isu PTPTN.

“Bermakna kerajaan yang ada hari ini tidak prihatin terhadap apa yang sedang menimpa mahasiswa, dan yang kedua ialah janji dalam manifiesto untuk menyediakan 1 juta peluang pekerjaan.

“Namun, dalam Belanjawan kali ini diturunkan kepada 350,000 dalam tempoh lima tahun, dan itu tidak dapat menampung keperluan mahasiswa yang keluar daripada universiti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menerima memorandum daripada Desak bersama beberapa ahli parlimen PAS, kira-kira jam 11.05 pagi, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, hasrat kerajaan untuk mengguna pakai sistem pekerja kontrak berbanding pekerja tetap juga dilihat mampu memberi kebimbangan buat mahasiswa.

Oleh itu, beliau berpandangan bahawa satu sistem yang adil perlu diwujudkan bagi menjamin masa depan mahasiswa.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga, lebih membimbangkan banyak generasi muda sudah mengalami muflis walaupun baru sahaja memasuki alam pekerjaan yang mana dipercayai berpunca daripada pinjaman kenderaan, pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi.

“Dan semua ini menunjukkan kepada kita bahawa gaji yang mereka perolehi tidak boleh menampung keperluan hidup mereka, jadi saya harapkan, isu yang dibangkitkan oleh mahasiswa ini kita akan bawa dalam bentuk ucapan di peringkat parlimen dan juga bertemu dengan menteri berkenaan,” jelasnya.

Sususlan daripada penyerahan memorandum tersebut, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Kahiruddin Aman Razali ketika perbahasan mengenai Belanjawan 2020 membacakan hasrat Desak itu.

Lima perkara yang didesak itu adalah penyediaan peluang pekerjaan, permulaan gaji minumum RM1,500, pengawalan kenaikan harga barang, penghapusan tol, serta pendidikan percuma. – HARAKAHDAILY 17/10/2019

d2

d3

- Advertisement -