Adun Penaga dan JAS bincang isu alam sekitar

- Advertisement -

KEPALA BATAS: Adun Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang di Wisma Persekutuan, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Kunjungan bersama Ketua Penerangan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ahmad Safuan Ujar ini telah disambut mesra oleh Pengarah JAS Pulau Pinang, Marzuki Mokhtar serta pegawai-pegawai bertugas.

Pada pertemuan itu, Ustaz Yusni dan Safuan telah diberi taklimat berkaitan JAS serta isu-isu pengurusan pencemaran alam sekitar di Pulau Pinang yang disampaikan Mohd Azrul Mat Saud.

Kedua pihak juga mengadakan pelbagai perbincangan berkaitan antaranya Ustaz Yusni turut mengutarakan isu antaranya projek Zon Industri Akuakultur (ZIA) di Penaga.

Beliau juga menyuarakan mengenai ketidakselesaan pendudul terhadap kes pembuangan najis babi di Kampungg Selamat termasuk isu tambakan tiga pulau buatan (PSR).

Menurut Marzuki, pihak JAS sentiasa membuka ruang kerjasama dengan pihak PAS bagi mencegah dan menyelesaikan isu-isu di bawah bidang kuasa JAS antaranya isu air, udara dan pembuangan sisa berjadual. – HARAKAHDAILY 17/10/2019

IMG 20191017 WA0038

- Advertisement -