Ziarah Medik Dun Penanti luaskan kebajikan

- Advertisement -

PERMATANG PAUH: Jabatan Pilihan Raya Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh telah menganjurkan program Ziarah Medik 2.0 di sekitar Dun Penanti, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Menurut Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Permatang Pauh, Suraiya Saad, ziarah ini bertujuan mendekati masyarakat terutama pesakit yang memerlukan perhatian serta khidmat nasihat perubatan.

Program ini mendapat sokongan dan kerjasama dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) yang berperanan  memberi khidmat perubatan kepada pesakit dilawati.

Antara lokasi pada ziarah kali ini ialah di Kampunh Mengkuang Titi, Kampung Tun Sardon, Kubang Semang, Taman Guar Perahu dan Mengkuang Mak Sulung.

Para petugas membuat pemeriksaan kesihatan rutin mengikut penyakit antaranya penyakit buah pinggang, diabetis, darah tinggi, gout dari kalangan kanak-kanak sehingga warga emas.

Selain itu juga, mereka turut diberi nasihat untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi aktiviti harian, pemakanan dan vitamin rohani melalui doa dan kata-kata motivasi.

Antara pesakit diziarahi ialah anak yatim, Nurul Nasuha Mohd Faisal, 2 tahun, yang menghidap penyakit jantung berlubang dan tinggal bersama ibu, datukdan neneknya di Taman Guar Perahu.

Para pesakit juga dihadiahkan sedikit buah tangan iaitu barangan keperluan harian buatan Muslim sebagai dakwah menggalakkan kempen Utamakan Produk Muslim.

Turut bersama dalam menyantuni para pesakit ialah Pengarah Pengarah  dan Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh, Mokhtar Muhamad dan Amir Hamzah Abdul Hashim.

Amir berkata, PAS bukan hanya parti politik semata, namun sebagai badan dakwah yang sentiasa prihatin kebajikan masyarakat. – HARAKAHDAILY 16/10/2019

- Advertisement -