Tajuk debat Piala Tun Razak boleh jejas akidah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Belia Kelantan merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengambil langkah bijak terhadap penganjur debat Piala Tun Razak.

- Advertisement -

Ketua Ahli Dun Belia Kelantan, Mohamad Shahrulniam Mohamad berkata, tajuk yang dipilih penganjur pada debat tersebut menyentuh sensiviti umat Islam.

Katanya, penganjur seperti memaksa pendebat membincangkan hubungan homoseksual dan tafsiran semula al Quran yang dicetuskan pihak seperti hilang pertimbangan akal dan luar ketamadunan manusia.

“Tajuk yang dipilih penganjur amat tidak wajar dikemukakan oleh seorang Muslim kerana ia boleh merosakan aqidah seseorang,” katanya di sini.

Difahamkan penganjur acara itu yang dikenal pasti dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dikenali sebagai Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal.

Ketua Pengarah Pelajaran Dato’ Dr Amin Seni dilapor berkata siasatan kementerian mendapati ketua juri pemilih usul perdebatan tidak membuat sebarang perbincangan dengan Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) lokasi debat tersebut.

Shahrulniam turut merakam ucapan tahniah kepada peserta dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang yang menarik diri daripada pertandingan tersebut demi menjaga akidah. – HARAKAHDAILY 16/10/2019

- Advertisement -