Pimpinan PAS eratkan warga Prt Mat Ali

- Advertisement -

PARIT BUNTAR: PAS Kawasan Parit Buntar telah menganjurkan program Cakna Rakyat yang telah diadakan sehari suntuk di Warung Yusrina, Parit Mat Ali, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program ini menjadi medan pimpinan PAS Parit Buntar membina hubungan dua hala dan merapatkan silaturahim bersama masyarakat setempat dengan pelbagai aktiviti.

Antara dijalankan adalah aktiviti memancing, mewarna, pertandingan masakan kalakatar, boling nyok, timbang bola takraw, pemeriksaan kesihatan dan perubatan syifa’, tahlil perdana, cabutan bertuah dan jamuan rakyat.

Pimpinan yang hadir sama adalah Yang DiPertua Parit Buntar, Baharin Mat Desa serta Ketua Umno Bahagian Parit Buntar, Dato’ Bakar Mat Ali.

Antara menjayakan program juga adalah tuan rumah iaitu Asri Mat Yoop dan Muhammad Yusri Mat Yoop, PAPISMA serta Dr Wan Mahyudin Wan Ibrahim serta Pengerusi Surau Parit Mat Ali, Azhar Maturedy. – HARAKAHDAILY 16/10/2019

- Advertisement -