Prestasi PASTI kayu ukur pra-sekolah Islam berjaya

- Advertisement -

TAIPING: PASTI Kawasan Taiping telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan yang merupakan medan untuk mencungkil dan mengembangkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Kawasan Taiping, Ustaz Saidin Hasnam selaku perasmi menyatakan, aktiviti tahunan tersebut amat penting kerana menjadi kayu ukur mutu dan perkhidmatan institusi pra-sekolah tersebut kepada masyarakat.

Menurutnya, kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan awal kanak-kanak semakin meningkat di mana kurikulum pra-sekolah menerapkan nilai Islam menjadi menjadi pilihan utama pelajar PASTI Taiping sahaja mencecah hampir 450 orang murid.

“Istimewanya PASTI yang diurus di bawah Dewan Pemuda PAS adalah terdapat kurikulum sesuai yang boleh dipelajari diperingkat pra-sekolah, namun tidak ditawarkan di peringkat pra-sekolah yang lain seperti Pra-Tahfiz yang menekankan aspek hafalan surah-surah dan hadis,” tambah beliau lagi.

Pencapaian PASTI Taiping juga katanya, mengungguli  kecemerlangan apabila berjaya menjadi wakil negeri acara Bola Sepak Karnival Sukan PASTI Malaysia dan memenangi tempat kedua nasyid Pertandingan Alam Ria PASTI Malaysia baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pengerusi PASTI Taiping, Fauzi Nisab, Setiausaha Muslimat PAS Taiping, Haniza Hassan dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Taiping, Aizuddin Mohamad.

Temasya sukan yang bertemakan Flora dan Fauna diserikan dengan perbarisan kontinjen dan keputusan penuh menyaksikan PASTI Al-Munir telah dinobatkan Johan Keseluruhan. – HARAKAHDAILY 15/10/2019

- Advertisement -