Jangan cuba iktiraf kumpulan pengganas sebagai wira

- Advertisement -

LTTE adalah sebuah kumpulan pengganas telah dicop pengganas dan ditentang oleh 32 buah negara, termasuk Amerika, India, Sri Lanka serta Malaysia. Pihak Pemuda PAS Negeri Sembilan khususnya, serta rakyat Malaysia Secara umumnya, menentang organisasi seperti ini dari terus membarah di Malaysia, dan menyokong tindakan tegas di ambil terhadap mereka yang terlibat.

- Advertisement -

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan memandang serius ancaman keselamatan yang digerakkan oleh gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ia adalah bahaya untuk negara. Keterlibatan antaranya Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran dalam Parlimen Rasah sekiranya benar terbukti, bakal mengejutkan rakyat setempat, Yang Berhormat sebagai wakil rakyat bagi Dun ini perlu meletak jawatan. Hal ini sangat membimbangkan kami warga setempat.

Tanpa mengira fahaman politik, kita perlu mengambil langkah dukungan terhadap Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di dalam isu-isu kritikal, khususnya saat ini berkaitan LTTE yang melibatkan pemimpin politik, figura dan lainnya. Kenyataan Perdana Menteri, tidak akan mengganggu tugas pihak polis dalam menyiasat serta mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak terlibat dalam kumpulan pengganas LTTE adalah suatu langkah tepat dan perlu disokong.

Rakyat sangat kesal dengan menteri-menteri yang lain yang mengambil langkah bisu, seolah tidak berada di belakang teraju mereka Perdana Menteri Malaysia.

Keterlibatan LTTE dalam aktiviti keganasan, yang antaranya sehingga mampu menbunuh dua presiden berlainan negara (India dan Sri Lanka) sebelum ini, memberi amaran bahawa pertubuhan ini bukan calang-calang bahaya dan perlu dibanteras hingga ke akar umbi.

Keterlibatan pimpinan parti politik di dalam pertubuhan pengganas ini, amat mendukacitakan, yang mana memberi gambaran mereka adalah dalang dan musuh negara, namun masih memimpin rakyat. Ini membahayakan kerana pemimpin dalam negara perlulah bebas dari jenayah, khususnya jenayah berat seperti ini, bagi mencerminkan kepimpinan negara adalah dari golongan yang mampu membela nasib rakyat dan bukannya memimpin rakyat ke arah keganasan, perpecahan kaum, serta ekstremis.

Figura-figura DAP khususnya pimpinan mereka, P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Gunasekaran Adun Seremban Jaya, G Saminathan, Exco Kerajaan Negeri Melaka yang bertanggungjawab kepada portfolio sumber manusia dan Adun Gadek, adalah di antara suspek individu-individu dalang menghidupkan gerakan pengganas LTTE. Campur tangan pimpinan kerajaan dari DAP, sama ada peringkat persekutuan atau negeri, menggambarkan terajunya sekarang ini adalah ramai dari kalangan mereka yang berideologi merbahaya. Sekiranya terbukti keterlibatan mereka, kerajaan disarankan mengambil tindakan sewajarnya bagi membanteras keganasan dan huru-hara bakal memuncak dalam negara.

Pengesanan transaksi yang berlaku oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam jumlah kewangan yang besar disyaki digunakan untuk membiayai aktiviti, mempromosi, merekrut dan menggerakkan program berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) Malaysia mampu menggugat keamanan negara pada masa akan datang kerana mereka bakal membentuk satu organisasi besar dan terlatih untuk melakukan sesuatu yang mampu menggugat keamanan.

Sewajarnya semua pihak perlu menyerahkan kepada pihak polis menyiasat tanpa mengganggu tugas penjawat awam, berlunaskan undang-undang sedia ada.

Tindakan pihak polis dalam menangani keganasan tanpa memilih bulu amatlah disanjungi serta mendapat dukungan dan sokongan rakyat menyeluruh. Pemuda PAS Negeri Sembilan memuji ketegasan dan beramanahnya Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam menangani jenayah berat ini. Sewajarnya ketegasan ini mendapat pengiktirafan rakyat serta membuat rakyat berasa selamat dari ancaman-ancaman besar dalam negara.

Pemuda PAS Negeri Sembilan akan terus menyokong langkah dan tindakan PDRM dalam usaha menghentikan pengaruh gerakan pengganas LTTE dalam negara.

Pemuda PAS Negeri Sembilan menggesa Menteri Besar Negeri Sembilan menggugurkan Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran dari menjawat jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri sembilan kerana terpalit dengan penglibatan dengan pertubuhan pengganas antara bangsa ini. Keterlibatan YB Adun Seremban Jaya ini memburukkan pentadbiran kerajaan negeri. Sekiranya tidak diambil tindakan, ia seolah menggambarkan kerajaan negeri tidak serius bersama dengan pihak berkuasa dalam membanteras pengaruh gerakan pengganas dalam negara.

MUMTAZ BASHA HARUN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
15 Oktober 2019 – HARAKAHDAILY 15/10/2019

- Advertisement -