Bubur Asyura ikat Penyatuan Ummah warga Trong

- Advertisement -

BUKIT GANTANG: Sebanyak tujuh kawah bubur Asyura berjaya disediakan dalam Majlis Gotong-Royong Penyatuan Ummah yang diadakan di perkarangan Markas Tarbiyah PAS Cawangan Pekan Trong, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program anjuran bersama PAS Kawasan Bukit Gantang dan Umno Bahagian Bukit Gantang ini telah disertai dan dijayakan oleh kira-kira 150 hadirin dari sekitar Dun Trong.

Pimpinan Bukit Gantang yang turut hadir adalah Yang Dipertua PAS, Ustaz Faisal Abdul Rahman dan Pemangku Ketua Umno, Kamaruddin Abu Bakar, serta Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS, Jainudin Hamzah dan Adun Trong, Jamilah Zakaria.

Dalam ucapannya Ustaz Faisal Abdul Rahman menyatakan, kesan positif daripada penganjuran program ini ialah terjalinnya silaturahim yang kian erat di antara akar umbi PAS dan Umno di semua peringkat.

Katanya, setakat ini agenda Penyatuan Ummah melibatkan PAS dan Umno telah berjalan dengan lancar dan ianya disambut secara baik bahkan hebat oleh warga Bukit Gantang.

“PAS dan Umno telah bersedia bekerjasama dengan lebih erat lagi serta siap siaga memenangkan calon Muafakat Nasional dalam pilihan raya umum yang akan datang,” ujarnya.

Bubur Asyura yang telah disiapkan telah diagihkan kepada hadirin dan penduduk sekitar pekan Trong serta kampung-kampung berdekatan. – HARAKAHDAILY 15/10/2019

- Advertisement -