Ameerah Selangor perkasa agenda Wanita Muda

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Ameerah Negeri Selangor telah menganjurkan ‘Team Building’ bertujuan menyelaraskan gerak kerja PRU15 bertempat di Presint 8 Putrajaya, di sini semalam.

- Advertisement -

Program ini melibatkan 75 Ahli Jawatankuasa Ameerah dari Kawasan-kawasan yang berfokus kepada usaha untuk memperkasa peranan wanita muda di seluruh negeri Selangor.

Pelbagai perkongsian dan percambahan idea dari kawasan berjaya dikongsi bersama serta diserap menjadi sebahagian perancangan kepada gerak kerja Ameerah Selangor.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan hadir membangunkan taujihat mengenai kepentingan peranan Muslimat Muda dalam masyarakat.

Beliau turut menitip pesanan mengenai keikhlasan dalam melaksanakan tugasan sebagai amilin selain berusaha menyiapkan diri menjadi agen perubahan.

Timbalan Pengarah Ameerah Selangor, Nurul Husna Abdul Hamid berharap gerak kerja Ameerah di kawasan akan terlaksana sebagaimana perancangan serta pelaksanaan program tersusun rapi. – HARAKAHDAILY 15/10/2019

- Advertisement -