Bajet 2020: DAP-PH terbalikkan manifesto sendiri

- Advertisement -

BELANJAWAN DAP-PH untuk 2020 juga tidak signifikan dengan manifesto peluang 1 juta pekerjaan dengan gaji minimum RM2500. Setakat Disember 2018 hanya sebanyak 168, 677 orang yang mencari pekerjaan kononnya telah ditempatkan. Ini tidak termasuk dengan gaji minimum pada RM1100 yang baru bermula pada Januari 2019.

Malah bajet juga tiada menunjukan signifikan penyelesaian kepada 3.4 peratus tidak bekerja. Malah peluang untuk 30 ribu wanita bekerja setahun seperti disebut dalam belanjawan itu juga hanya satu retorik yang sukar dicapai. Ini kerana faktor industri yang terhad dan tiada sokongan khas untuk mewujudkan peluang tersebut untuk wanita Sarawak.

Sepatutnya keutamaan adalah dengan meningkatkan bantuan khas kepada pekerjaan sinonim wanita luar bandar seperti bidang jahitan atau perniagaan online yang memerlukan banyak sokongan dari sudut dana modal serta infrastruktur berkaitan seperti liputan talian 4G di luar Bandar Sarawak.

Sudahlah Sarawak hanya mendapat 7.8 peratus daripada peruntukan pembangunan, DAP-PH juga telah menterbalikan segalanya dari janji manis PRU14 mereka. Ini turut mengurangkan belanja yang signifikan untuk membangunkan usahawan terutama luar bandar seperti; peruntukan pembangunan desa yang telah berkurang dari RM2 juta kepada RM1.6 juta dan Pembangunan Kemahiran Belia dari RM207 juta kepada RM198 juta.

ZHARUDIN NARUDIN
Ketua Penerangan PAS Sarawak – HARAKAHDAILY 14/10/2019

- Advertisement -
- Advertisement -