LTTE: DAP cuba halang PDRM kekang pengganas?

- Advertisement -

DAP adalah sebahagian dari Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang. Mereka yang paling dominan dalam PH.

LTTE adalah kumpulan pengganas. Bukan seorang dua yang terbunuh, berpuluh ribu. Mereka membunuh orang awam. Dalam masjid pun mereka serang. Kerana itu 32 negara menyenaraikan LTTE sebagai organisasi pengganas.

Seperti juga Komunis yang dalam negara kita disenaraikan sebagai pengganas.

Bila PDRM setelah melalui proses siasatan yang begitu lama bertindak menahan termasuk pemimpin DAP yang didapati mengikut siasatan PDRM terlibat dengan LTTE, tidak sepatutnya keluar kenyataan dari seorang Menteri Kabinet, Lim Guan Eng bahawa mereka mendapat jaminan polis tiada lagi penahanan pemimpin DAP selepas ini.

Pertama, kerana sebagai pemimpin kerajaan, DAP lebih-lebih lagi mesti patuh kepada Undang-undang Malaysia yang tidak membezakan sama ada rakyat biasa atau pemimpin DAP.

Kedua, bagaimana jaminan itu boleh diberi menggambarkan ada tekanan politik terhadap PDRM dalam menjalankan tugasnya.

Ini yang kita khuatir selama ini dengan Akta IPCMC yang boleh diguna untuk menekan pihak PDRM.

Ada pemimpin DAP yang berkata yang bermaksud LTTE sudah kalah perang, sudah berkubur, tidak berbahaya sokongan diberi kepada mereka seperti perkataan seorang Ahli Parlimen DAP , Charles Santiago.

Saya rasa kalau hujah itu digunapakai, kerajaan nanti akan ditekan untuk tidak bertindak jika ada sokongan kepada gerakan Komunis pula atas alasan ia sudah berkubur dan tidak berbahaya.

LTTE adalah bahaya kepada negara. Ia mungkin dianggap berkubur. Tetapi idealogi, metodologi gerakan keganasan mereka amat berbahaya dan mungkin menyumbang kepada perlakuan ganas.

Kita tidak mahu budaya ganas seperti insiden rusuhan berperlakuan jenayah yang mengorbankan Almarhum Adib berulang.

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
11 Oktober 2019 – HARAKAHDAILY 11/10/2019

- Advertisement -
- Advertisement -