SRITI Gombak anjur merentas desa

- Advertisement -

GOMBAK: SRITI Al-Mustaqim atau lebih dikenali SRITI Gombak telah mengadakan acara merentas desa sempena Bulan Sukan Negara, di sini semalam.

- Advertisement -

Kira-kira 170 peserta terlibat di dalam acara merentas desa ini yang terdiri daripada murid dan guru-guru SRITI Al-Mustaqim bermula jam 9 pagi.

Acara ini dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang dipimpin oleh guru SRITI AL-Istiqamah, Ustaz Anwar Shahfuan Izam bertugas bagi senaman pagi.

Sementara Mudir SRITI Al-Mustaqim, Ustaz Kamarul Helmi selaku perasmi telah melepaskan para peserta untuk menempuh larian sejauh 2 kilometer.

Menurut Ustaz Kamarul, acara ini juga mencapai tujuan untuk kesihatan badan dan mencerdaskan minda menerusi aktiviti bersukan.

Seramai lima pemenang telah merangkul pingat merentas desa peringkat SRITI Gombak mengikut kategori tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. – HARAKAHDAILY 10/10/2019

- Advertisement -