Selenggara Sungai Sega elak musibah dan risiko

- Advertisement -

LARUT: Hujan lebat yang turun telah menyebabkan air naik dan banjir melanda beberapa kediaman hingga menuntut tiga keluarga berpindah ke Dewan Orang Ramai Kampung Jalan Baru setakat petang semalam.

- Advertisement -

Adun Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahaya yang turun bersama pasukan Pusat Khidmat beliau telah melawat keluarga mangsa dan melihat sendiri banjir di mana turut melanda Kota Raja Bersiung, Jalan Baru dan Bagan Baru.

Beliau dimaklumkan, keadaan tersebut disebabkan dari Sungai Sega yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan tidak mampu menampung air hujan serta alirannya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berwajib segera melakukan penyelenggaraan agar perkara sama tidak berulang serta mengelak musibah dan meletakkan penduduk dalam risiko.

Orang ramai juga boleh membantu mangsa menerusi sumbangan ke akaun Maybank 1580 5191 1775 atas nama Dana Prihatin Kubu Gajah. – HARAKAHDAILY 10/10/2019

- Advertisement -