309,539 pengundi di Perak digesa segera mendaftar

    - Advertisement -

    IPOH: Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, di sini hari ini.

    - Advertisement -

    Kunjungan diketuai Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad itu bertujuan mendapatkan informasi terkini daripada pihak SPR.

    Pengarah SPR Perak, Muhammad Nazri Ismail bersama pasukannya telah menyambut baik kedatangan Ahli Jawatankuasa tertinggi Dewan Muslimat PAS Perak itu.

    Menurut Dr Najihah, pihaknya telah diberi penerangan terperinci berkenaan sistem pendaftaran pengundi secara atas talian melalui lawan web rasmi SPR itu.

    “Sistem itu sememangnya memerlukan pengundi yang telah layak mengundi mendaftar sendiri dengan menggunakan telefon bimbit atau komputer masing-masing bersama alamat email sendiri dengan hanya memerlukan sambungan internet.

    “Pihak SPR memaklumkan bahawa sehingga hari ni hanya hampir 571 orang sahaja yang telah berjaya mendaftar secara atas talian. Terdapat 309,539 pengundi (melebihi 21 tahun) didapati masih belum daftar mengundi,” ujarnya.

    Pihak SPR juga telah memaklumkan bahawa pendaftaran mengundi secara automatik bagi yang telah berumur 18 hingga 21 tahun masih di peringkat persediaan dan mungkin akan mula dilaksanakan pada September 2020.

    Hasil pertemuan hari ni, Dewan Muslimat PAS Perak mendapat gambaran jelas mengenai persediaan menyediakan petugas-petugas bagi membantu gerak kerja pilihan raya di peringkat Parlimen dan Dun yang akan ditandingi nanti. – HARAKAHDAILY 10/10/2019

    - Advertisement -