WKB2030: Kapitalis kekal kaya, tidak jamin bela B40

- Advertisement -

“MALAYSIA negara berpendapatan tinggi disamping memperkasakan kuasa beli rakyat melalui Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” demikian sebagaimana kata Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebagaimana dipetik oleh Tweeter BERNAMA.

- Advertisement -

Maksudnya negara berpendapatan tinggi tapi kuasa beli rakyat belum tentu tinggi. Pelik kan? Kenapa?

Bahasa lebih mudah, negara ada 11 rakyat dan 10 daripada 11 rakyat bayar cukai RM6,000 daripada RM30,000 pendapatan setahun mereka. Jumlah cukai kerajaan ialah sebanyak RM600,000.

Kerajaan tak benarkan semua rakyat dapat tanah kerajaan, melainkan sorang sahaja daripada 11 orang rakyat. Bagi menaikkan pendapatan kerajaan, maka kerajaan jual tanah kerajaan kepada salah sorang rakyat bernama Tan Sri Kapitalisme dengan harga RM100,000 untuk 10 ekar bagi menyediakan rumah kediaman untuk 10 rakyat.

Tapi RM100,000 ini tak mampu dibayar oleh Tan Sri Kapitalisme kerana pendapatan tahunannya sahaja baru RM30,000. Kerajaanpun gunakan RM200,000 daripada RM600,000 cukai tadi bagi TS Kapitalisme. RM100,000 untuk beli tanah kerajaan, manakala RM100,000 lagi untuk bina 10 rumah. 

Bila siap rumah, TS Kapitalisme ambik untung separuh dan jual kepada rakyat dengan harga RM40,000 sebuah, jadi return adalah RM400,000. Tapi rakyat tak mampu bayar sebab setelah ditolak keperluan asas, baki pendapatan boleh guna hanya RM2,000 sahaja daripada RM30,000 setahun. Bagaimana mereka nak beli rumah berharga RM40,000. Jadi 10 rumah tadi tak laku. Maka berlaku masalah ekonomi.

Melalui instrumen perbankan, kerajaanpun salurkan duit sebanyak RM400,000 daripada RM600,000 cukai tadi bagi pinjam kepada 10 rakyat untuk beli 10 buah rumah. Mahu tak mahu rakyat terpaksa pinjam juga untuk dapatkan rumah dan membayar ansuran selama 30 tahun.

20 tahun untuk pokok sebanyak RM40,000 harga rumah, manakala 10 tahun untuk interest bank sebanyak RM20,000. Jadi pendapatan bersih Tan Sri Kapitalisme naik daripada RM30,000 kepada RM200,000, manakala 10 rakyat lagi tetap RM30,000 setahun. Jadi pendapatan purata rakyat waktu itu ialah sekitar hampir RM50,000 setahun setelah dicampur pendapatan Tan Sri Kapitalisme.

Generasi berikutnya lahir lagi 20 rakyat generasi baru, maka kerajaan jual lagi tanah sebanyak 20 ekar kepada Tan Sri Kapitalisme dengan harga RM200,000 dan kerajaan gunakan cukai sebanyak RM400,000 untuk diberi pinjam kepada Tan Sri Kapitalisme; RM200,000 beli tanah kerajaan dan RM200,000 lagi untuk buat 20 rumah untuk dijual kepada 20 rakyat generasi baru 2020.

Malangnya 20 rakyat generasi baru ni dah tak mampu nak beli rumah kerana kelemahan kuasa beli. Kerajaan pula hanya ada RM200,000 sahaja untuk bagi pinjam kepada generasi baru seramai 20 orang. Maka defisit belanja. Maka Kerajaan 2020 akan kenakan GST balik selepas janji hapus pada 2017 bagi mencukupkan RM800,000 untuk diberi pinjam kepada 20 rakyat generasi baru.

Tapi mereka tetap tak mampu beli sebab terbeban dengan pelbagai cukai termasuk cukai GST yang dikencing sebelum PRU14. Jadi 20 rumah dah tak laku, maka Tan Sri Kapitalisme ada masalah rumah terbengkalai sekalipun RM200,000 untung sebelum ini masih dalam simpanannya. Kerajaan pula dah sangkut sebab Tan Sri Kapitalisme masih tak bayar harga tanah RM200,000 sebab rumah belum terjual.

Jadi kerajaan baru WKB2030 melalui Menteri Perumahan ada rancangan baru iaitu rumah 20 biji ini akan dijual kepada warga Hong Kong dengan harga RM100,000 sebuah. “Woww!!!! Eden kaya,” kata Menteri.

Jadi pendapatan Tan Sri Kapitalisme ialah RM2 juta setelah rumah 20 buah ini dijual kepada warga Hong Kong dengan harga RM100,000 sebuah.

Jadi pendapatan purata rakyat Malaysia ialah RM2 juta pendapatan Tan Sri Kapitalis + RM 300,000 pendapatan 30 rakyat = pendapatan purata rakyat ialah sekitar RM290,000 setahun.

Maka, Malaysia mencapai pendapatan negara maju kerana perkapitanya ialah RM290,000 setahun. Maka maksud Azmin yang wajib difahami oleh rakyat Malaysia, “kerajaan kena perkasakan kuasa beli 30 rakyat lagi setelah kita perkasakan Tan Sri Kapitalisme”.

Maka saya ucapkan tahniah kepada Menteri Perumahan kerana berjaya menaikkan pendapatan tinggi negara sehingga mencecah RM290,000 dan terima kasih kepada Azmin Ali yang mengambil berat nasib 30 rakyat yang lain selepas mengkayakan sorang rakyat bernama Tan Sri Kapitalisme.

Takziah kepada generasi baru 2020.

USTAZ ZAHARUDIN MUHAMMAD (UZM) – HARAKAHDAILY 9/10/2019

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2727853770578374&id=312456128784829

Nota: Di atas hanya angka ilustrasi. Tapi konsep dan prinsip adalah gambaran sistem ekonomi sekarang yang perlu difahami dan diubah oleh anak muda Gen Z

- Advertisement -