Tg Piai: PAS harap BN pilih calon boleh menang

ama
- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS berharap BN memilih calon yang sesuai sehingga boleh memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang akan diadakan pada 16 November ini.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pihaknya tidak akan campur tangan berhubung calon dari parti mana yang dipilih BN.

“Apa yang penting bagi kita calon BN yang benar-benar boleh memberi kemenangan pada PRK itu nanti.

“Cuma kalau tanya pada PAS, kita ingin calon BN yang boleh memenangi di Tanjung Piai nanti,” ujarnya kepada media selepas mesyuarat Exco di Mabna MBI Kota Darulnaim hari ini. (Foto atas)

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato’ Dr Md Farid Md Rafiq yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lalu berikutan komplikasi jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Dr Md Farid mewakili Pakatan Harapan memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 524 undi. – HARAKAHDAILY 9/10/2019

- Advertisement -