Pemuda Pdg Rengas serius lahirkan amilin berkualiti

- Advertisement -

PADANG RENGAS: Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas serius untuk melahirkan lebih ramai amilin selaku tenaga penggerak parti yang berkualiti dan akan menjayakan matlamat perjuangan Islam di masa depan.

- Advertisement -

Sehubungan itu, program Tamrin Taarif Satu dianjurkan oleh Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS Padang Rengas bagi memenuhi tujuan tersebut yang dilangsungkan di SRITI Kampung Sungai Ati, di sini yang berakhir kelmarin dahulu.

Sesuai dengan objektif program iaitu untuk memastikan konsep akidah diterapkan secara jelas kepada Pemuda PAS, tamrin peringkat pertama ini menampilkan enam kertas kerja.

Iaitu Mukadimah Akidah Muslim, Akidah Dalam Kehidupan Umat Islam, Islam Sebagai Ad-Din, Syahadatain: Panduan Hidup Muslim, serta Tauhid dan Tuntutannya serta Ideologi Moden: Pengaruh dan Kesan Ke Atas Umat Islam.

Tidak ketinggalan ialah pengisian rohani melalui zikir dan qiamullail serta pengisian fizikal melalui acara riadah.

“Kehadiran agak memberansangkan dan ia melepasi target sasaran kita. Alhamdulillah kita tengok peserta-peserta pun memberi reaksi yang baik dalam setiap slot. Insya-Allah kita akan teruskan dengan (tamrin) peringkat-peringkat akan datang.

“Objektif nampak (secara umum) tercapai. Cuma setakat mana jauh kecapaian itu kita akan tahu selepas ini. Sebab kita ada buat ujian untuk setiap slot.

“Di situlah kita boleh tengok sejauh mana kefahaman peserta kita mengenai tajuk-tajuk yang dibentangkan,” ujar Pengerusi Lajnah Tarbiah Pemuda PAS Padang Rengas, Ustaz Khidzir Insab.

Program ini melibatkan penyertaan daripada Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan dan ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan seluruh Padang Rengas.

Turut sudi hadir sebagai pengisi slot program ialah bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Azizan Mohamed Desa. – HARAKAHDAILY 9/10/2019

- Advertisement -