Meninggal dunia atas sejadah ketika imami Subuh

    - Advertisement -

    RAUB: Seorang pesara, Mohd Rawi Ismail telah rebah dan menghembuskan nafas terakhir di hamparan sejadahnya ketika mengimamkan solat Subuh di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini pagi tadi.

    - Advertisement -

    Almarhum yang merupakan bekas Ketua Station RISDA Raub ketika hampir tamat membaca ayat surah Al-Fajr pada rakaat pertama tiba-tiba sebak dan jatuh serta meninggal dunia di situ juga.

    Beliau yang menggantikan Imam Subuh pagi tadi disifatkan ramai kenalannya sebagai dermawan yang pemurah dan banyak melakukan kerja amal terutama di masjid ini.

    Malah menurut isterinya, Mek Nab Che Sof, arwah tidak mengadu sebarang kesakitan, sebaliknya tidur awal semalam kerana akan ke Temerloh pagi ini bagi menghadiri Mesyuarat Persatuan Pesara.

    Arwah yang kini berusia 61 tahun pernah menjalani pembedahan bypass pada 12 tahun yang lalu dan pemergiannya itu meninggalkan seorang balu dan empat anak.

    Segala urusan jenazah yang ‘dicemburui’ rakan taulan ini sempurna diuruskan termasuk diimamkan solat jenazah di masjid oleh anaknya, Mohd Syahil yang juga tenaga pengajar di Sekolah Al-Amin Gombak.

    Jenazah juga disolatkan kali kedua selepas Zohor tadi sebelu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Tiga, Jalan Lipis-Raub, di sini. – HARAKAHDAILY 9/10/2019

    - Advertisement -