Keluarga rayu cari ibu hilang sejak 5 Oktober

- Advertisement -

BAGAN SERAI: Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria bersama Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Bagan Serai, Mazlan Omar telah menziarahi keluarga seorang penduduk di Kampung Jaya, di sini semalam.

- Advertisement -

Kunjungan kepada keluarga Mohtar Abu Bakar ini berikutan dugaan dialami mereka yang kehilangan ibu, Fatimah Mat, 72, di mana tidak pulang sejak keluar rumah sejak 5 Oktober lalu.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Amal Negeri Perak, Abdul Karim Abdul Rasid bersama anggota Amal yang lain melakukan operasi pencarian di sekitar kawasan kampung tersebut.

Sehubungan itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Semanggol dalam usaha pencarian warga emas itu di mana Razman juga berharap kes ini akan dibantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Bomba.

Beliau juga menyeru pertolongan dan kerjasama orang ramai agar membantu keluarga ini dengan menghubungi mereka sekiranya terlihat kelibat Fatimah di mana-mana sahaja.

Sebarang makluman dan bantuan orang ramai boleh disalurkan terus dengan menghubungi nombor telefon anak lelaki mangsa, Mohtar di talian 013-479 2601. – HARAKAHDAILY 9/10/2019

- Advertisement -