SRITI Al-Istiqamah lawat perpustakaan

- Advertisement -

TAMBUN: Seramai 21 orang murid-murid dan empat orang guru SRITI Al-Istiqamah, Meru Raya telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Tun Razak, di sini semalam.

- Advertisement -

Rombongan tersebut diiringi oleh Guru Besar, Ustaz Mohamad Saiful Mohamed Kamal serta tiga tenaga pengajar, Ustazah Nurul Nabila Jumbudy, Ustazah Iffah Md Said dan Ustaz Muhammad Syazwan Mohd Suhaimi.

“Program seumpama ini menjadi salah satu aktiviti pembelajaran luar bilik darjah yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman murid-murid,” ujar Ustaz Saiful.

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah soalan kuiz, membentuk origami dan aktiviti berkumpulan yang dikendalikan oleh kakitangan perpustakaan ini.

Warga kerja perpustakaan turut melahirkan rasa kagum di atas keupayaan anak-anak ini menghafal dan memperdengarkan Surah Al-Kahfi, Surah Toha dan ayat Seribu Dinar semasa lawatan.

Sementara itu, Pengerusi SRITI Al-Istiqamah, Ustaz Mohd Fariq Izwan Md Bahrin mengajak orang ramai untuk menghantar anak-anak bagi mengikuti pengajian berasaskan KSSR, Pra Tahfiz dan KAFA yang disatukan.

Sebarang sumbangan wang tunai bagi membantu operasi persekolahan dan persediaan ruang kelas tambahan, bolehlah disalurkan ke akaun Bank Rakyat 110441005292 atas nama SRITI Al-Istiqamah Resources. – HARAKAHDAILY 8/10/2019

- Advertisement -