Sokong langkah haramkan judi dan mesin slot

    - Advertisement -

    PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah menyokong penuh kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafei Apdal yang akan menamatkan semua lesen mesin slot di Negeri Sabah pada hujung tahun ini.

    - Advertisement -

    Tindakan ini amat tepat khususnya untuk melahirkan masyarakat yang makmur dan jauh dari belenggu judi.

    Sebab itulah juga Islam mengharamkan judi kerana ia boleh menyebabkan kesan yang buruk kepada individu dan keluarga khususnya berkaitan hutang.

    Walau bagaimanapun kerajaan mesti mempunyai satu perancangan strategik untuk memberi peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja yang terlibat dalam sektor ini.

    Antara peluang yang boleh dilakukan kerajaan adalah dengan memberi latihan dan kemahiran serta pinjaman mudah supaya mereka yang kehilangan pekerjaan boleh menceburi alam perniagaan.

    Di samping itu kerajaan juga boleh mengadakan kempen kesedaran berterusan supaya masyarakat tidak terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian kerana ia menyebabkan terlalu banyak kesan negatif.

    MOHD AMINUDDIN ALIN
    Pesuruhjaya PAS Sabah
    8 Oktober 2019 – HARAKAHDAILY 8/10/2019

    - Advertisement -