Konflik di Kashmir isu sejagat, perlu perhatian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim berpandangan bahawa konflik yang berlaku di Kashmir merupakan isu sejagat yang besar yang perlu diberikan perhatian.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika mencelah soalan asal yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya, beliau mempunyai sedikit pandangan berbeza dengan Ahli Parlimen Kuala Langat yang tidak bersetuju isu yang berlaku di Kashmir adalah bukan isu agama.

“Saya berpandangan bahawa Kashmir di mana 95 peratus adalah penduduk beragama Islam dan krisis ini berlaku dari tahun 40-an sehingga sekarang tidak boleh diselesaikan.

“Kita harus ingat bahawa isu Kashmir telah beberapa kali menjadi punca peperangan antara Pakistan dan India,” tambah beliau.

Menurutnya, jika tiada kaitan antara agama itu adalah tidak sepatutnya kerana jika isu lain boleh diselesaikan kecuali isu-isu yang melibatkan agama seperti Rohingya.

Sebagai agama Islam yang sederhana, kerajaan harus mengambil tindakan sebagai satu petunjuk bahawa kerajaan penuh toleransi.

Beliau turut mempersoalkan adakah Kerajaan India menghormati sikap-sikap seperti itu dan jika tidak, tidak akan berlaku tindakan krisis kezaliman yang berpanjangan.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan mempunyai kepentingan bilateral dan perdagangan dengan India tetapi itu tidak menjadikan kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas isu Kashmir.

“Di samping kita menegakkan dan memperjuangkan isu umat Islam di seluruh dunia, kita juga menegakkan dan memperjuangkan isu umat bukan Islam.

“Ini kerana sifat Islam adalah mewakili semua kaum dan bangsa yang memerlukan perlindungan,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 8/10/2019

- Advertisement -