Go’bang Maju Ikan Patin Tempoyak

- Advertisement -

Bagi peminat ikan patin masak tempoyak ataupun pais ikan bakar, restoran Go’Bang Maju Patin Tempoyak, mampu memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja.

- Advertisement -

Jika sesiapa pernah ke Wangsa Maju, sudah pasti banyak tempat makan yang boleh diterjah. Daripada makanan Barat, masakan Johor dan Kelantan, semuanya ada. Jadi tidaklah perlu anda bersusah payah ke merata untuk mencari.

Mengidamkan masakan ikan patin tempoyak Pahang, tidak perlu berjalan jauh-jauh, restoran Gobang Maju Patin Tempoyak yang diusahakan oleh Shahrul Mubin, terletak di Seri Rampai Wangsa Maju ini turut menyediakan hidangan tersebut. Malah pelbagai juadah menu Pahang turut disajikan di Go’bang Maju Patin Tempoyak.

Restoran Go’bang Maju Patin Tempoyak, memang terkenal dengan menu patin masak tepoyak dan pais ilan bakar tempoyak. Rasa tempoyaknya yang cukup enak dan creamy pasti memuaskan selera pelanggang.

Restoran Go’bang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai yang menyediakan masakan patin tempoyak asli inu turut digemari hampir semua lapisan masyarakat di negara ini.

Ikan patin masak tempoyak dan pais ikan bakar merupakan antara menu utama yang disajikan di restoran Go’bang Maju Patin Tempoyak.

Sesiapa sahaja yang datang ke restoran Go’bang Maju Patin Tempoyak ini, ikan patin masak tempoyak merupayakan sajian yang wajib dicuba kerana mempunyai rasannya yang sama seperti resepi asli orang pahang.

Bahkan, ramai pelanggang yang mengatakan ikan patin masak tempoyak Go’bang Maju Sri Rampai memang sedap dan berbeza dengan tempat yang lain.

Buat peminat tegar tempoyak dan ikan bakar, menu ikan bakar di Restoran Go’Bang Maju Patin Tempoyak tentu menjadi pilihan menarik buat mereka.

Menurut Pengusaha Go’bang Maju Ikn Patin Tempoyak Sri Rampai, masakan ikan patin tempoyak ini turut diminati ramai hingga ke negara jiran. Malah, pelanggang yang hadir pula merupakan daripada pelbagai latar belakang dan jawatan.

Katanya, beliau bersyukur hampir lima tahun beroperasi di Sri Rampai ini, pelanggan sentiasa memenuhi ruang makan Restoran Go’Bang Maju Patin Tempoyak.

Selain itu juga, di Go’bang Maju Ikan Patin Tempoyak juga ada pelbagai jenis ulam dan kerabu serta pelbagai juadah lain turut disajikan, antaranya masak lemak dan masak cili bagi udang galah, ketam, ayam kampung dan asam pedas.

Selain itu masakan melibatkan ayam, daging dan ikan goreng, aneka ulam-ulaman dan kerabu pasti membuka selera pelanggan.

Antara menu yang paling diminati ialah, ikan cencaru sumbat, talapia bakar cili, asam pedas, masak lemak ayam kampung, ikan tenggiri dan pelbagai lagi.

Restoran ini beroperasi selama enam hari seminggu bermula hari Selasa hingga Ahad.

Bagi peminat siput sedut masak lemak, Restoran Go’Bang Maju Patin Tempoyak di Taman Sri Rampai turut menyediakannya.

“Namun siput sedut ini dia ikut musim , jadi susah sikit, tidak dapat untuk sediakan sepanjang tahun kerana dia ada musim-musimnya,” kata pengusaha Go’bang Maju Ikan Patin.

- Advertisement -