Penduduk kesal pimpinan PH tidak prihatin masalah

- Advertisement -

TANJUNG PIAI: Para penduduk tempatan menyatakan pelbagai kekesalan terhadap pemimpin yang sedang menerajui kerajaan kini atas pelbagai masalah dihadapi mereka.

- Advertisement -

Luahan tersebut disuarakan mereka melalui pertemuan bersama Pengerusi Pusat Aduan Rakyat (PAR) Negeri Johor, Azman Atmin di Kampung Parit Abd Rahman, di sini kelmarin.

Menurut penduduk kampung ini, Misman Sarikun, banyak masalah setempat seperti tanah mendap di jambatan, kebakaran kebun dan pelbagai isu lain tidak dapat ditangani dengan baik.

Hal tersebut maklum beliau, hanya diuruskan penyelesaiannya dengan tindakan dari inisiatif yang diambil oleh Kariah Masjid bersama para penduduk setempat.

Terbaru maklumnya, kes pecah rumah yang semakin kerap berlaku, namun anak-anak muda kampung mengambil peranan mengadakan kawalan dan rondaan sukarela secara bergilir.

Suara sama turut dilontarkan antaranya oleh Mohd Azhar Abd Mutalib yang menggesa agar pemimpin masyarakat yakni juga penjawat jawatan dari PH supaya peka masalah penduduk.

“Kami faham dengan kesibukan tugas masing-masing, tetapi jangan sampai tiada masa untuk kami. Kami telah memberi ruang yang lama untuk mereka menyesuaikan diri dengan penduduk setempat.

“Walaupun pimpinan ini orang luar kampung ini, kami boleh terima, tetapi kalau inilah yang ditunjukan kepada kami, kami rasa amat kecewa,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 6/10/2019

- Advertisement -