MIC yakin PAS jamin hak semua agama dan kaum

- Advertisement -

KOTA MELAKA: PAS Negeri Melaka menyemarakkan usaha Muafakat Nasional apabila mengadakan pertemuan rasmi bersama MIC Melaka pada majlis di Pejabat Perhubungan PAS Melaka, Semabok, di sini semalam.

- Advertisement -

Pengerusi MIC Melaka, Datuk S Mahadevan mengakui ianya adalah pertemuan bersejarah kedua pihak ke arah merealisasikan kepentingan rakyat dan negara pasca Himpunan Penyatuan Ummah tanggal 14 September lalu.

Menurutnya, MIC sebelum ini mempunyai sangkaan bahawa sekiranya PAS menang PRU dan memerintah negara, maka masyarakat bukan-Islam akan dipaksa untuk menganut agama Islam.

“Namun, setelah bertemu dengan Tuan Guru Presiden PAS, ianya telah merungkai persepsi negatif yang menjadi sangkaan kami ketika dahulu.

“Hari ini, saya merasa lebih yakin dengan PAS untuk melindungi kepentingan kaum India seperti yang saya lihat di negeri Kelantan dan Terengganu,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS, N Balasubramaniam juga menyuarakan pengalamannya bahawa PAS telah memberikan keyakinan terhadap jaminan kebebasan beragama dan hak sosial kaum lain.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek pula menegaskan bahawa pembinaan kekuatan Muafakat Nasional bukan berfokus terhadap jawatan atau kerusi, tetapi kerjasama untuk mengambil alih pentadbiran daripada PH.

Hadir sama pada pertemuan tersebut adalah semua pimpinan Dewan Harian PAS Melaka dan juga kepimpinan MIC Melaka. – HARAKAHDAILY 6/10/2019

 IMG 20191006 WA0018

- Advertisement -