Beri Muslim kebebasan amalkan Islam

- Advertisement -

LAJNAH Antarabangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merasa kesal dengan tindakan Kerajaan  China meruntuhkan kubah masjid dan mengaitkan semua ibadah yang dilakukan Muslim sebagai “Arabisation” atau proses menjadikan rakyat China seorang Arab.

- Advertisement -

Selain daripada itu mereka juga menutup beberapa masjid kecil etnik Hui dan meletakkan polis bagi mengelakkan ia digunakan. Azan juga tidak dibenarkan berkumandang untuk menandakan waktu solat.

Pada masa yang sama, beberapa daerah di China telah mengharamkan penggunaan tulisan Halal Bahasa Arab yang biasa dipamerkan di restoran-restoran kerana telah disifatkan sebagai suatu perkara yang bercanggah dengan bahasa China.

Mereka menuduh perbuatan ini sebagai salah satu jalan untuk melanggar proses mengagungkan China dalam setiap budaya masyarakat tempatan. 

Sebelum ini,  China dituduh menahan etnik Uyghur dan menempatkan mereka di penjara yang dibina. Mereka sekadar menafikannya dan mengatakan mereka menyediakan latihan vokasional untuk etnik Uyghur. Namun begitu, satu video pendek menunjukkan penindasan rakyat China di penjara di mana mereka dibotak dan dipukul oleh petugas penjara telah disebarkan di youtube tanpa dijawab oleh Kerajaan China.

Berdasarkan sejarah, Islam telah berkembang di China sejak 1400 tahun yang lalu. Sejarah Islam yang panjang di China memungkinkan China mempunyai pengikut di China hampir 23 juta. Ini menjadikan mereka kira-kira 0.45 hingga 1.8 peratus Muslim yang mana menjadikan mereka minoriti dalam Negara Komunis itu. Etnik Hui adalah etnik Muslim teramai dan Xinjiang adalah penempatan Muslim teramai.

Justeru itu, Lajnah Antarabangsa DMPM dengan ini mengutuk tindakan Kerajaan China yang menyekat kebebasan beragama bagi Muslim yang dijamin oleh Pertubuhan  Bangsa-bangsa Bersatu. Kerajaan China sepatutnya membenarkan semua agama bebas mengamalkan agama masing-masing kerana ia merupakan amalan sejak dari dahulu tanpa sebarang masalah.

HUSNA DATO’ HASHIM
Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 5/10/2019

IMG 20191005 WA0001

- Advertisement -