Drone Swarm: Memerangi ‘anonymous’ versi baru

- Advertisement -

EVOLUSI dunia persenjataan

- Advertisement -

Sebelum ini saya ada menulis tentang teknologi persenjataan yang berevolusi secara perlahan setiap zaman [1]. Sebelum kedatangan manusia lagi, jin-jin di seluruh dunia sudah berperang dan menumpahkan darah [2] tetapi tiada siapa yang menemui maklumat teknologi persenjataan ketika itu. Pelbagai teori dikemukakan, antaranya Laut China Selatan terbentuk seperti kawah, yang berkemungkinan daripada satu letupan yang dahsyat.

Segalanya dalam ilmu Allah S.W.T, tiada siapa yang mampu menerobos masuk mengesahkan kajian peradaban jin terdahulu. Walau bagaimanapun kali ini kita akan berkongsi tentang teknologi persenjataan yang lebih efisyen. Antara bentuk-bentuk perang alaf baru selain daripada serangan pemikiran, ialah perang sistem komputer yang dianggotai oleh para hackers atau anonymous.

Hackers berperanan untuk mencuri maklumat, dan memanipulasi IT. Perang alam maya ini menjadi muqaddimah kepada perang yang bukan fizikal dan persenjataan. Kita sedia maklum, bahawa Barat telah mencipta komputer (robot) yang berperanan membantu manusia dari sudut mengingat, menulis, mencetak dan sebagainya. Setelah sekian lama mencipta robot yang bernama komputer ini, mereka mencipta virus.

Kemungkinan penciptaan virus ini ialah ke arah mewujudkan perang maya, atau sengaja mewujudkan pertembungan [3]. Apabila virus tercipta, maka manusia memerlukan perisian Anti-Virus. Lalu mereka juga mencipta perisian ini dan dikomersialkan. Dengan kata mudah, mereka buat penyakit kemudian menghasilkan ubatan untuk dibeli.

Dari sini wujudnya istilah Anonymous. Watak ini dikatakan muncul 2003, yang boleh dikatakan sebagai komuniti maya, yang adakalanya bersembang, berperang dan sebagainya. Lebih banyak mensasarkan pemerintah, dan turut dikenali sebagai kumpulan internet. Kewujudan mereka dalam alam maya adalah satu kebingungan kerana mereka saling tidak mengenal antara satu sama lain, sekalipun mereka itu berkomunikasi.

Pertempuran maya

Setelah sekian lama, peperangan alam maya dengan pelbagai teknik dan strategi, menyaksikan cara ini agak efisyen. Ini kerana peperangan maya ini tidak memerlukan intelligent menyusup masuk untuk mengorek rahsia, akan tetapi cukup sekadar meng”hack” sistem negara yang disasarkan. Apatah lagi hari ini, semua negara telah pun bergantung kepada sistem komputer sejak sekian lama.

Hari ini, selaras dengan kemodenan semasa, dunia telah membangunkan teknologi Ai [4] yang muncul selepas peng”evolusi”an komputer. Komputer asalnya hanya membantu manusia hanya dari beberapa sudut, berkembang ke arah membantu hampir keseluruhan fizikal manusia. Robot yang asalnya hanya membantu menulis, mengingat dan mencari, berkembang ke arah bermain, memasak, bergerak dan sebagainya.

Walaupun Ai lebih kepada “program” yang di”setup” oleh tangan manusia, namun ia masih terdedah kepada dunia virus dan hacker yang merupakan “abang lama” dalam dunia maya. Boleh jadi Ai dimanipulasi sehingga mengubah haluan programnya. Lebih membimbangkan apabila Ai digunakan untuk melakukan perbuatan yang jahat seperti merompak, membunuh dan sebagainya.

Tak pelik. Saya datangkan satu contoh ketika penemuan “nuklear”, satu kaedah baru mencipta ledakan bom yang luar biasa. Walaupun kajian ini dimulakan oleh beberapa individu sejak 1922, Namun pada 1933 Nazi mengambil peluang membangunkannya dengan lebih “real” sebagai sebuah bom. Kemudian “menjadi lebih ganas” sejak Projek Manhattan pada era 40-an dan meledakkan bom pertama di Hiroshima dan Nagasaki.

Kita boleh bayangkan, bahawa projek Manhattan yang menghimpunkan 3000 ahli fizik ini telah membunuh hampir 300,000 orang di dua daerah itu pada 1945 dan radiasinya berkekalan selama 5 tahun. Kecerdikan yang membunuh manusia 100 kali ganda. Apabila projek nuklear ini berterusan, akan meningkat lagi gandaan tersebut. Kecerdikan itu bagus, tetapi malangnya, dimanfaatkan untuk kejahatan [1].

Artificial Intelligence (Ai)

Kita perlu faham bahawa pertempuran yang sebenar, bukanlah tentera VS tentera, tetapi Presiden VS Presiden. Tentera cuma menerima arahan, dan mesti melaksanakan misi yang diprogramkan. Lihatlah betapa samanya dengan teknologi Ai. Robot yang diprogramkan untuk melaksanakan sesuatu misi. Kalau dahulu, tentera yang diprogram ada akal, ada perasaan, ada keluarga.

Tetapi hari ini, robot tidak punya akal, tiada perasaan apatah lagi tidak berkeluarga. Mungkin inilah era perang yang lebih efisyen. Iaitu perang yang kurang kos elaun tentera, kurang kos persenjataan, kurang kos latihan dan sebagainya. Akan bertukar daripada markas tentera kepada makmal untuk mencipta robot. Robot tidak perlu makan, tidak perlu latihan dan tidak perlu perubatan.

Ai adalah evolusi daripada komputer, akan di”generate” sebanyak-banyaknya untuk tujuan peperangan. Para tentera mungkin semakin tidak diperlukan, sebaliknya yang diperlukan ialah general perang yang cerdik untuk mengontrol robot-robot tersebut dan ahli fizik untuk kejuruteraan penghasilan robot dan perkembangan teknologi.

Tetapi kita mungkin lihat projek Ai ni memerlukan jangka masa yang panjang untuk penghasilannya. Mungkin perang robot yang real, tidak sempat disaksikan oleh generasi manusia hari ini. Cuma, yang boleh disaksikan sekarang ialah Sistem Ai pada Drone, yang dikenali sebagai Drone Swarm. Hal ini semakin dapat liputan di media-media Barat, sejak pengeboman telaga minyak Arab Saudi Ogos baru ini, tanpa diketahui siapa punya angkara.

Drone Swarm intro kepada Ai

Letupan di telaga minyak Arab Saudi seolah-olah menjadi pencetus kepada perang era baru yang lebih efisyen. Ini kerana serangan dibuat menggunakan teknologi Drone Swarm yang boleh dikatakan antara eksperimen terawal. Sebelum kita pergi lebih jauh, kita boleh saksikan kejadian 11 September 2001. Dikatakan drama tersebut menggunakan sistem kawalan jarak jauh. Iaitu sebuah kapal terbang, yang dikawal untuk merempuh WTC secara real.

Kita boleh katakan ia adalah perkara biasa kerana ia dikontrol oleh manusia. Tetapi bagaimana pula sekiranya kapal terbang itu tidak dikontrol oleh sesiapa, hanya di”programming“kan oleh manusia? Bayangkan ia bergerak tanpa dikawal, terbang menuju WTC dengan sendirinya. Begitulah kefahaman mudah untuk mengenali Drone Swarm yang mula menembusi dunia peperangan.

Drone Swarm direka dalam bentuk yang efisyen, tidak terlalu besar, mampu membawa bahan letupan yang berat dan beroperasi dengan komputer melalui sistem Ai. Apa yang terjadi di Arab Saudi, sekumpulan Drone Swarm telah diprogramkan untuk melaksanakan misi membawa bahan letupan, untuk mensasarkan telaga minyak Arab Saudi.

Setelah diprogramkan, ia akan bergerak sendirinya pada “timing” yang ditetapkan. Sampai di tempat sasaran, ia akan menjatuhkan bahan letupan dengan sendirinya tanpa dikawal. Ia bergantung pada “programming” yang di”setup” padanya. Justeru, selain daripada efisyen, apa kelainan dan kelebihannya teknologi ini?

Perang dengan “Anonymous” versi baru

Teknologi ini sebenarnya satu ancaman. Saya tidak maksudkan ancaman penguasaan robot terhadap manusia. Akan tetapi ancaman “fitnah” selaras dengan hadis-hadis akhir zaman yang menjelaskan tentang fitnah yang sangat rumit. Fitnah yang saya maksudkan ialah, Siapa yang menyerang? Siapa yang programkan drone tersebut untuk menyerang?

Tidakkah kita membaca Hadis Nabi S.A.W:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَأْتِيَ عَلَى النَّاسِ يَوْمٌ لَا يَدْرِي الْقَاتِلُ فِيمَ قَتَلَ وَلَا الْمَقْتُولُ فِيمَ قُتِلَ فَقِيلَ كَيْفَ يَكُونُ ذَلِكَ قَالَ الْهَرْجُ الْقَاتِلُ وَالْمَقْتُولُ فِي النَّارِ

“Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, dunia ini tidak akan musnah sehingga orang-orang saling bunuh satu sama lain tanpa mengetahui apa sebabnya. Demikian juga orang yang dibunuh, dia tidak tahu apa sebab dia dibunuh.” Maka, ditanyakanlah kepada Baginda S.A.W, “Bagaimana mungkin ia boleh terjadi?” Baginda S.A.W menjawab, “Itulah al-harj, yang membunuh dan yang dibunuh sama-sama di neraka.”

(Shahih Muslim)

Era Drone Swarm yang merupakan muqaddimah kepada Ai, jelas sangat signifikan dengan Hadis ini, apabila teknologi ini melahirkan pembunuh yang tidak dikenali. Dalam isu pengeboman di Arab Saudi, mereka tak dapat kenal pasti siapakah yang menghantar Drone Swarm untuk gugurkan bom tersebut? Bahkan Arab Saudi seolah-olah langsung tak dapat detect kehadirannya.

Awal-awal lagi Houthi di Yaman mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut. Tetapi Arab Saudi menolak pengakuan tersebut kerana tidak percaya Houthi sudah memiliki teknologi secanggih itu. Kemudian mereka menunding jari pula kepada Iran. Macam biasa Iran menafikan. Walaupun ada teori yang mengatakan ia serangan Israel untuk roadmap ke arah Pax Judaica, namun tiada siapa yang dapat sahkan hal tersebut.

Dengan teknologi baru ini, perang akan tercetus tanpa diketahui siapakah pembunuh, dan tidak diketahui kenapa mangsa itu dibunuh. Siapakah yang menghantar robot pembunuh itu? Atas sebab apa robot itu dihantar untuk melaksanakan misi bunuh itu? Tiada siapa yang tahu. Perang efisyen ini akan membawa kepada fitnah yang menyelubungi dunia keteteraan apabila masing-masing perang dalam keadaan bingung.

[1] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1191125067747631/

[2] Surah al Baqarah ayat 30

[3] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1154783758048429/

[4] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1185323514994453/

HARAKAHDAILY 4/10/2019

- Advertisement -