Kesan PSR turut bakal timpa nelayan Perak

- Advertisement -

PARIT BUNTAR: Pembangunan seharusnya dilaksanakan mengikut acuan penduduk demi kesejahteraan hidup hingga memenuhi tujuan keberadaan manusia untuk memakmurkan bumi.

- Advertisement -

Namun, pembangunan mesti ditolak jika ianya mendatangkan penindasan kepada manusia selaku penduduk, apatah lagi hanya menjadi projek berkepentingan yang berlegar untuk orang tertentu sahaja.

Mesej tersebut ditegaskan Pengerusi Pertubuhan Tanah dan Teroka Pulau Pinang, Zikrullah Ismail dalam Ceramah Perpaduan UMMAH PAS Kawasan Parit Buntar di Markas PAS Batu 13 Kuala Kurau, kelmarin dahulu.

Tempelak beliau, pembangunan projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) untuk pulau buatan seluas 4,500 hektar bukan sahaja akan menjejaskan nelayan di Pulau Pinang, tetapi juga di Perak.

Katanya, walaupun projek itu titik tapaknya di Pulau Pinang, namun akan melibatkan juga pengambilan pasir laut hingga ke Kuala Kurau di mana ianya akan menjejaskan hidrografi dan ekologi laut serta pantai.

Kesannya menurut beliau, akan menjejaskan sumber pendapatan para nelayan kecil yang tidak dapat lagi melakukan usaha atau kerja-kerja nelayan mereka akibat perubahan faktor berkaitan laut.

Sehubungan itu, beliau mengundang untuk turut sama dalam solidariti himpunan nelayan yang bakal diadakan di Padang Kota, Pulau Pinang pada 4 November depan. – HARAKAHDAILY 3/10/2019

- Advertisement -