Belum pernah orang Melayu diperlekeh

- Advertisement -

RAUB: Belum pernah berlaku sejak merdeka agama Islam dihina, Raja-raja Melayu dipersenda dan orang Melayu diperlekeh sebegini rupa.

- Advertisement -

Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, apa yang berlaku sekarang selepas Umno hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

Oleh itu katanya bagi mengembalikan semula kekuatan orang Melayu dan Islam, mereka perlu bersatu.

“Untuk mengembalikan semula kekuatan orang Melayu dan Islam kita perlu bersatu di atas satu wadah,” katanya pada ceramah Perpaduan Ummah di Dataran Niaga Felda Tersang 3 di pekarangan markas PAS malam tadi.

Hadir sama Timbalan presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Yang Dipertua PAS Raub Dr Mohamad Nilam Abdul Manap dan Adun Batu Talam Dato’ Abdul Aziz Mat Kiram.

Kira-kira 6,000 penyokong PAS dan Umno di Felda Tersang Tiga mengikuti ceramah tersebut.

Ismail Sabri yang juga bekas menteri berkata, pemerintahan Pakatan Harapan (PH) boleh dianggap gagal kerana tidak dapat melaksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat. – HARAKAHDAILY 3/10/2019

- Advertisement -