Ustaz Fadhil Noor yakin berlaku tsunami PRU15

- Advertisement -

PEKAN: Pimpinan PAS menterjemahkan Muafakat Nasional yang dimeterai bersama Umno apabila turut serta dalam program Ramah Mesra Ahli Parlimen Pekan, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Indera Sempurna, kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Kehadiran diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Mohd Fadhil Noor Abdul Karim bersama pimpinan PAS daripada beberapa Cawangan yang menyertai aktiviti sepanjang hari bersama penduduk tempatan di sini.

Antaranya karnival kesihatan dan kacau bubur asyura serta jamuan makan tengahari yang disifatkan Ustaz Fadhil Noor sebagai langkah awal memperlihatkan jalinan kerjasama antara PAS dan Umno kepada masyarakat di Parlimen ini.

Malah, beliau yakin hasil kerjasama dua kuasa besar Melayu-Islam ini bakal berlakunya tsunami pada PRU15 nanti, selain meletak, mengukuh dan menguatkan kembali agama Islam serta kedudukan politik orang Melayu dilandasannya.

Pada sebelah malam, giliran mantan Perdana Menteri itu pula mengikuti kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Fadhil Noor yang juga Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Izzah (MADI) bersama penduduk di Masjid Kampung Lamir. – HARAKAHDAILY 2/10/2019  

IMG 20191002 WA0033 

IMG 20191002 WA0035

IMG 20191002 WA0036

- Advertisement -