Pesuruhjaya PAS Perlis dipindah ke HSB

- Advertisement -

KANGAR: Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Mohd Shukri Ramli yang dirawat di unit rawatan koronari (CCU) Hospital Tuanku Fauziah di sini telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 2.30 petang tadi.

- Advertisement -

hkMursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata Mohd Shukri dipindahkan ke sana bagi mendapatkan rawatan pakar.

‘Bagi saya, apa yang diputuskan oleh pihak hospital adalah satu langkah yang baik bagi membantu mengubati beliau.

‘Kita terutamanya sahabat, keluarga, ahli dan penyokong serta rakyat negeri ini teruskan berdoa semoga beliau akan sembuh seperti sedia kala.

“Kerana bagi saya, beliau mempunyai program pembangunan ummah yang begitu hebat yang sedang dan telah dilaksanakan maka sepatutnyalah kita sama-sama mendoakan beliau bagi meneruskan cita-citanya yang suci,” ujarnya yang turut hadir semasa Adun Sanglang itu untuk dipindahkan ke HSB.

Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak media yang sentiasa mengikuti perkembangan Mohd Shukri sepanjang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini. – HARAKAHDAILY 1/10/2019

- Advertisement -