Muslimat PAS johan kuih bakar tradisi

- Advertisement -

GOPENG: Timbalan Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Hanika Hamid telah meraih Johan dalam pertandingan produk-produk asas tani kategori kuih bakar tradisional sempena Agrofest Perak 2019 di RTC kelmarin.

- Advertisement -

Pertandingan yang dianjurkan oleh Agrofest ini terbahagi kepada beberapa ketegori produk asas tani antaranya bahulu, rempeyek bilis, sos pencicah dan kuih bakar melibatkan peserta daripada seluruh Perak.

Menurut Hanika, beliau telah berkecimpung dengan perusahaan kuih bakar ini selama hampir 13 tahun membawa jenama yang disohorkan sendiri iaitu ‘Kuih Bakar Iqa’.

“Alhamdulillah, bersyukur resepi turun temurun dari moyang, opah, ibu dan kini saya meneruskan tradisi kuih bakar ini. Saya berasa bangga kerana dahulu produk ini dipandang sepi tetapi kini ia digemari dan dicari-cari,” ujarnya.

Turut bersama mengunjungi gerai Hanika semasa Agrofest berlangsung iaitu Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Dewan Muslimat PAS Perak dan Malaysia, Salmah Ab Latiff.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Perak menyokong baik usaha ini bagi mengembangkan platform jualan produk-produk asas tani di mana kebanyakannya diusahakan oleh kaum Melayu Islam yang pasti dijamin bersih dan halal.

Pelbagai jenis gerai dibuka oleh usahawan-usahawan bagi menarik perhatian orang awam  yang juga berkesempatan menyaksikan pameran lembu sado, kepelbagaian spesies kambing dan tumbuh tumbuhan.

Meskipun bergelar usahawan, Hanika tetap bergiat aktif sebagai amilin PAS dan kini menjadi salah seorang Ahli Jawatankuasa Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Dewan Muslimat PAS Malaysia. – HARAKAHDAILY 1/10/2019 

IMG 20191001 WA0004

- Advertisement -