DACS sahut Bulan Sukan Negara 2019

- Advertisement -

JABATAN Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Malaysia menyokong usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam mempromosikan Bulan Oktober sebagai Bulan Sukan Negara. Antara objektif utamanya adalah untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Haji Khairil Nizam Khiruddin telah mempromosikan “Fit Is Sunnah” (FITS) yang mengenengahkan aspek sukan sebagai ibadah berlandaskan syariat. Ianya menjadi garis panduan terpenting kepada program anjuran DACS seluruh negara.

Rasulullah S.A.W telah mengingatkan tentang dua nikmat yang sering dilupakan iaitu kesihatan dan waktu lapang. Kedua-dua nikmat ini hendaklah disyukuri dan memanfaatkan diri kita dengan melakukan aktiviti riadah yang dapat menyihatkan tubuh badan, serta memastikan waktu lapang yang ada tidak disia-siakan.

Kesihatan tubuh badan juga berkait rapat dengan kesempurnaan pelaksanaan ibadah. Malah melalui sukan juga dapat memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan masyarakat umumnya tanpa mengira perbezaan keturunan, had umur, dialek bahasa dan budaya.

Bermula hari ini sehingga akhir bulan, DACS Malaysia melalui DACS Negeri-negeri dan DACS Kawasan-kawasan telah merancang pelbagai program di semua peringkat. Sekurang-kurangnya tiga program di setiap negeri melibatkan berbagai jenis sukan padang, sukan dalam dewan malah sukan elektronik (e-sport) juga dilaksanakan hampir 50 aktiviti keseluruhannya.

DACS Malaysia juga sebelum ini telah banyak menjalankan program yang mengajak rakyat khususnya belia menyertai aktiviti sukan, rekreasi dan kegiatan luar. Ini dibuktikan melalui penubuhan berbagai kelab seni, budaya dan sukan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Kewujudan Alternative Riding Club (ARC), Alternative Cycling Club (ACC), DACS Motorsports Club (DMC), Alternative Fishing Club (AFC), Alternative Horse Riding and Archery Club (AHRAC), Alternative Martial Art (ALMAC), Alternative Trekking Club (ATC), Alternative 4×4 Club (A4C), DACS Football Club (DFC), DACS Fit, DACS Buskers atau Alternative Band Club (ABC) dan Alternative Photography Club (APC) menjadi wadah terbaik buat anak muda khususnya.

Terkini bakal dilancarkan adalah Alternative Aqua Club (AAC) melibatkan sukan renang, menyelam dan seumpamanya. DACS Malaysia meletakkan asas penting adalah manfaat terbesar melalui kecergasan fizikal dan kecerdasan mental adalah dengan izin-Nya.

InsyaAllah, DACS Malaysia akan terus mengajak kita semua mengamalkan gaya hidup sihat dan amalan sukan sunnah melalui pelbagai lagi aktivti luar anjuran DACS Malaysia harus dimanfaatkan oleh seluruh rakyat. Sebarang cadangan atau kerjasama semua pihak amat di alu-alukan.

HAFEZ SABRI
Pengarah DACS Malaysia – HARAKAHDAILY 2/10/2019 

IMG 20191002 WA0002

- Advertisement -