YB Kubu Gajah santuni warga Redang Panjang

- Advertisement -

LARUT: Pusat Khidmat Adun Kubu Gajah telah mengadakan program Sepetang Yang Berhormat Bersama Masyarakat Redang Panjang yang disambut meriah warga penduduk tempatan, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Terdahulu, Adun Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahaya yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Larut telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman sebelum menyampaikan ceramah Maal Hijrah kepada penduduk.

Majlis tersebut telah dijayakan bersama oleh Sekretariat Dun Kuhu Gajah, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Larut serta tuan rumah, Muhamad Yazid Hassan atau lebih dikenali sebagai Abang Mat Simpang.

Sebelah petangnya, Ustaz Khalil mengadakan ziarah kebajikan menemui penduduk yang uzur dan sakit di rumah, di mana sebelum itu telah menyampaikan bantuan barangan dapur kepada keluarga terpilih.

Beliau diiringi Ketua PAS Cawangan Redang Panjang, Zamberi Sallih dan Ketua Kampung Redang Panjang, Aljefri Karia sepanjang lawatan di Kampung Tersusun itu.

Orang ramai dialu-alukan membantu usaha seumpama ini dengan sumbangan yang boleh disalurkan ke akaun Maybank 1580 5191 1775  atas nama Dana Prihatin Kubu Gajah. – HARAKAHDAILY 30/9/2019  

IMG 20190930 WA0009

IMG 20190930 WA0010

- Advertisement -