Sukan PASTI Kampar kenang pejuang lampau

- Advertisement -

KAMPAR: PASTI Kawasan Kampar telah mengadakan Temasya Sukan PASTI Kampar yang merupakan program tahunan melibatkan lima unit PASTI  di Padang Awam Batu Karang, di sini semalam.

- Advertisement -

Program ini bertujuan mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.

Antara pimpinan PAS Kampar yang hadir memeriahkan program ialah Yang DiPertua, Ustaz Mohd Sofian Rejab dan Ketua Pemuda, Mohd Shahrizan Ahmad Fuat serta Pengerusi PASTI, Rafizan Abdul Rahim.

Menariknya, temasya kali ini bertemakan Kepahlawanan Melayu seperti Tok Janggut, Mat Kilau dan Dato Maharajalela yang berjuang menentang penjajah suatu ketika dahulu.

Timbalan Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Muhammad Aminur Syafiq Mohamad Abduh selaku perasmi menyatakan iltizam PASTI untuk mendidik muridnya menjadi anak yang soleh selaras visi PASTI.

Menurutnya, tema kepahlawanan Melayu dapat membugar semangat patriotisme dan mendidik anak-anak meneladani perjuangan serta pengorbanan pejuang Melayu Islam terdahulu dalam usaha menegakkan tauhid di tanah air tercinta.

Para peserta telah mengambil bahagian dengan semangat kesukanan yang tinggi dalam 11 acara dipertandingkan seperti lari berganti-ganti, isi air dalam botol, dan tarik bola menggunakan gelung melibatkan kategori  4, 5 dan 6 Tahun.

Turut dipertandingkan adalah acara perbarisan terbaik yang diungguli daripada kontinjen Tok Janggut mewakili PASTI Fikratuzzikrah. – HARAKAHDAILY 30/9/2019 

IMG 20190930 WA0067

IMG 20190930 WA0069 

IMG 20190930 WA0070

IMG 20190930 WA0071

IMG 20190930 WA0073   

IMG 20190930 WA0074

IMG 20190930 WA0075

- Advertisement -