PASTI terajui silibus dan sistem didikan holistik

- Advertisement -

BATU PAHAT: Pendidikan PASTI telah memasukkan silibus dan sistem yang holistik untuk diimplementasikan oleh anak-anak seawal usia di mana mereka inilah bakal membantu pembentukan masyarakat sejahtera kelak.

- Advertisement -

Kenyataan optimistik itu disuarakan Ketua Sektor Pendidikan Pemuda PAS Malaysia, Muhtar Suhaili semasa majlis penutupan Alam Ria PASTI Malaysia di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini kelmarin.

Mengulas lanjut berkenaan silibus itu, beliau berkata, konsep ubudiyah yang diterapkan dalam jiwa anak-anak PASTI seawal usia membantu mereka mengenal Allah disamping elemen tarbiyah  yang diterapkan sedari kecil.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari juga menyifatkan ilmu agama yang diketengahkan PASTI perlu diterapkan sejak kecil lagi agar dewasa kelak mereka menjadi insan yang patuh kepada Allah.

Majlis tersebut dihadiri lebih 131,500 murid daripada 2,379 PASTI seluruh Malaysia menyertai dan menyaksikan pertandingan khutbah, pidato, sajak, bercerita, azan, hafazan, nasyid dan kalam jamaie di mana Terengganu muncul juara.

Turut hadir, Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Syarhan Humaizi Halim dan Ketua Pemuda PAS Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Dato’ Mahfodz serta Pengarah PASTI Johor, Mohd Fairuz Alias dan Ketua Majlis Guru PASTI, Saadiah Abu Bakar. – HARAKAHDAILY 30/9/2019  

IMG 20190930 WA0011

IMG 20190930 WA0013

- Advertisement -