PASTI Kabong bolot Juara SUKPA Saratok

- Advertisement -

SARATOK: Program tahunan Karnival Sukaneka PASTI (SUKPA) Kawasan Saratok telah dilangsungkan dengan jayanya di Dataran Tadika KEMAS, Taman Seroja Indah, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Ianya melibatkan penyertaan kontinjek daripada tiga PASTI dalam daerah Saratok dan Kabong iaitu PASTI Al-Mahabbah 1, PASTI Al Mahabbah 2 dan PASTI An-Nur Kabong.

SUKPA dianjurkan oleh pengurusan PASTI bagi melahirkan kanak-kanak yang seimbang rohani, emosi, dan jasmani serta menonjolkan potensi kanak-kanak dalam bidang sukan.

Sukaneka PASTI pada kali ini turut dihadiri oleh Pengerusi PASTI Kawasan Saratok, Mohammad Anuwi Jusoh selaku Perasmi SUKPA ini bersama saf Kepimpinan PASTI Saratok.

Program dimulakan dengan perarakan masuk setiap kontinjen yang diwakili dengan tema warna, Hijau dari PASTI Al-Mahabbah 1, Biru dari PASTI Al-Mahabbah 2, dan Kuning dari PASTI An-Nur Kabong.

Perbarisan telah dimenangi oleh pasukan Kuning yang tampil gah dengan turut membawa slogan “Kuning Boleh! Walau Kami Rebah, Kami Takkan Undur”.

Pelbagai acara yang telah dipertandingkan, antaranya Musical Chair, Tarik Bola Guna Gelung, Boling Padang, Bawa Pundi Kacang,
dan Lambung Kasih.

PASTI An-Nur Kabong turut menjuarai Hiasan Khemah Terbaik, serta beberapa acara sukaneka, sekali gus merangkul juara keseluruhan acara Sukaneka PASTI Saratok pada kali ini.

Manakala Naib Juara dimenangi oleh PASTI Al-Mahabbah 1, dan tempat ketiga ialah PASTI Al-Mahabbah 2. – HARAKAHDAILY 30/9/2019  

IMG 20190930 WA0048

IMG 20190930 WA0050

- Advertisement -