Muafakat Nasional satukan kerjasama masyarakat

- Advertisement -

TAMBUN: PAS dan Umno Zon Meru Ipoh telah mengadakan gotong-royong memasak bubur Asyura yang berlangsung di Dewan Komuniti Taman Meru 2B, Ipoh, di sini semalam.

- Advertisement -

Program yang menjadi aktiviti kerjasama pertama dan julung kalinya dilaksanakan ini telah bermula seawal pagi dan berjaya memasak lima periuk serta mengedarkan 1,000 bekas bubur asyura.

Ketua PAS Zon Meru, Ustaz Zabidi Zainal Abidin bersama Ketua Umno Zon Meru, Mustafa Kamal Ismail mengetuai hampir 100 petugas sukarela yang menggerakkan program ini.

Kejayaan melaksanakan melibatkan kedua pihak parti ini bersama anggota masyarakat membuktikan semangat Muafakat Nasional semakin melebar di kalangan penduduk setempat.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun, Ustaz Hafez Sabri hadir menjayakan program tersebut di sini dan di dua lokasi berasingan di Kampung Cik Zainal, Chemor pada hari yang sama.

Beliau yang juga mantan calon Dun Manjoi berkata, muafakat ini patut di perkukuh, bukan sahaja melibatkan kerja-kerja politik, tetapi juga dalam kerja seharian dan kemasyarakatan.

Sementara itu, Yang DiPertua PAS Tambun, Ustaz Salleh Said dan Ketua Umno Bahagian Tambun, Dato’ Aminuddin Md Hanafiah turut hadir beramah mesra dan mengacau bubur asyura.

Turut hadir daripada awal sehingga akhir program adalah pimpinan PAS dan Umno Cawangan-cawangan bersama penduduk setempat Taman Meru 2B. – HARAKAHDAILY 30/9/2019  

IMG 20190930 WA0025

IMG 20190930 WA0026

- Advertisement -