Manusia jadi pening dengan akalan sendiri

- Advertisement -

MEREKA menganggap perbezaan antara jantina adalah satu diskriminasi. Mereka percaya sexist adalah norma yang salah. Bagi mereka, lelaki dan perempuan harus dilayan sama rata dalam apa jua keadaan. Jantina tidak seharusnya menjadi ukuran sesuatu kelayakan.

- Advertisement -

Idealisme inilah yang mencetuskan penerimaan terhadap LGBT. Seseorang berhak menentukan jantina mereka sendiri mengikut kemahuan sendiri, bukan lagi kehendak kejadian tuhan. Alat kelamin bukan lagi ukuran jantina sebagaimana fakta asas biologi.

Salah satu kesan pemikiran yang dikatakan moden ini adalah melalui sukan. Jika dahulu jawatankuasa Olimpik mensyaratkan seseorang atlet perlu menjalani ujian pengesahan jantina bermula 1968, kini tidak lagi.  1999, ujian tersebut dimansuhkan. Perkara ini membawa beberapa orang Transgender menang acara wanita.

Perkara ini membuatkan ramai ahli sukan mengkritik undang-undang yang tidak adil kepada kaum hawa ini. Lalu pada tahun 2016, undang-undang diubah lagi kepada ujian hormon testosteron sahaja. Sesiapa yang memiliki hormon tersebut di bawah kadar 10 nmoi/L dalam tempoh setahun layak menyertai acara wanita. Tidak kira dia sebenarnya lelaki atau wanita!

Sudah tentu akan menyebabkan ketidakpuashatian atlet wanita asli pula yang memiliki lebihan hormon tersebut. Saya percaya undang-undang ini akan terus diubah untuk menyesuaikan dengan prinsip kesamarataan gender.

Biarkan. Mereka sendiri yang pilih jalan demikian. Walau al-Quran telah memberi petunjuk bahawa lelaki tidak sekali-kali sama dengan wanita, namun manusia yang sombong terus menganggap mereka lebih tahu dari tuhan. Biarkan! – HARAKAHDAILY 30/9/2019

- Advertisement -