Isu hidup warga FELDA diberi perhatian PAS-Umno

- Advertisement -

RAUB: Kehidupan warga FELDA telah menjadi agenda penting yang dibincangkan oleh Muslimat PAS dan Wanita Umno dari Cawangan Tersang 1 di FELDA Tersang, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Pertemuan ini adalah julung kali diadakan rentetan dari Himpunan Penyatuan Ummah antara PAS dan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 14 September lalu.

Majlis dipimpin bersama Ketua Muslimat PAS Tersang 1, Kamariah Awang dan Ketua Wanita Umno Tersang 1, Wan Habsah Wan Hasan ini turut dihadiri Ketua Wanita Umno Bahagian Raub, Zuriani Yahya.

Mereka mengutarakan mengenai keperitan hidup warga FELDA di bawah pemerintahan PH antaranya harga sawit yang semakin merudum tanpa pembelaan sewajarnya dari Menteri berkenaan.

Selain itu, dengan janji palsu PH terhadap warga FELDA yang kini ada membawa pulang RM100 sahaja sebulan sebagai gaji bagi menyara perbelanjaan hidup sekeluarga.

Oleh demikian, pertemuan yang mendukung Muafakat Nasional dan pentingnya kebersamaan kedua parti itu turut sepakat bahawa pemerintahan PH mesti digantikan pada PRU15 nanti.

Antara disepakati juga kedua pihak adalah untuk mengerakkan usaha kefahaman terhadap agenda telah digagaskan dan dimeterai antara PAS dan Umno kepada ahli sendiri dan masyarakat umumnya.

Hadir sama adalah Ketua Penerangan Muslimat PAS Raub, Jariah Ismail dan Pengarah Jentera Pilihan Raya Muslimat PAS Raub, Aminah Gama. – HARAKAHDAILY 30/9/2019  

IMG 20190930 WA0020

IMG 20190930 WA0021

- Advertisement -