Gelanggang Silat Cekak dirasmikan Adun Chenor

- Advertisement -

MARAN: Adun Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak telah merasmikan pembukaan gelanggang Silat Cekak Harimau Malaysia Cawangan Bukit Segumpal di Kampung Jalan Panjang, Pekan Awah, di sini semalam.

- Advertisement -

Dalam ucapannya, beliau memuji usaha mengadakan aktiviti fizikal seperti kegiatan ini di saat anak-anak generasi masa kini dilihat lebih berminat bermain dengan gajet sahaja.

“Nak main bola, memancing dan berbagai permainan semuanya dalam handphone. Ini bukan sesuatu yang baik untuk generasi kita pada masa hadapan,” ujarnya.

Program ini juga merupakan usahasama antara Masjid Charuk Tualang dan Masjid At-Taqw Kampung Awah di mana menurut Penyelarasnya, Azlan Ibrahim, seramai 57 orang menyerahkan borang.

Sementara itu, Pengasas Guru Utama Pertubuhan Silat Cekak Harimau Malaysia, Pendekar Dato’ Osman Nok yang juga Setiausaha Agung Pesaka Pahang turut hadir pada majlis ini.

Katanya, keahlian Silat Cekak Harimau Malaysia kini telah mencecah 22,000 anggotanya di seluruh pelusuk negara termasuk cawangannya juga terdapat di negara England.

Hadir sama adalah Penghulu Mukim Bukit Segumpal, Saharil Apindi Ahmad dan Pengerusi MPKK Kampung Dalam, Abd Wahid Lazi. – HARAKAHDAILY 30/9/2019 

FB IMG 1569816724580

- Advertisement -