Sukaneka Tahunan PASTI Al-Fateh Kawasan Sibu

- Advertisement -

SIBU: PASTI Al-Fateh Kawasan Sibu telah mengadakan program tahunan melibatkan empat Cawangan PASTI di Stadium Tun Ahmad Zaidi, di sini semalam.

- Advertisement -

Ia bertujuan melahirkan kanak-kanak seimbang dari pelbagai sudut termasuk perkembangan rohani, jasmani, emosi yang baik serta mampu menonjolkan potensi dan kebolehan diri luar biasa.

Antara yang hadir adalah Pengerusi PASTI Al-Fateh Sibu, Fadilah Umar, dan Ketua Unit Kokurikulum, Muhd Aminuddin Rosmi serta barisan-barisan Ahli Jawatankuasa  PASTI Al-Fateh Sibu.

Majlis bermula dengan perarakan masuk kontinjen membawa tema Pahlawan Islam dan Tokoh Islam di mana Pembarisan Terbaik dimenangi oleh PASTI Al-Fateh 2 dengan bertemakan pahlawan Safiyyah binti Abdul Mutalib.

Para peserta telah mengambil bahagian dalam lima acara yang dipertandingkan antaranya Jom Memancing, Gula-Gula Kami, Rukun Islam dan Rukun Iman, Jigsaw Puzzle dan Lari Pecut 60 meter kategori 4, 5 dan 6 Tahun.

Turut serta memeriahkan acara sukaneka pertandingan di antara ibu bapa juga diadakan iaitu pertandingan tarik tali dan pertadingan baling belon.

PASTI Al-Fateh 3 muncul Juara, manakala Naib Johan dimenangi PASTI Al-Fateh Junior Sibu Jaya dan tempat ketiga ialah PASTI Al-Fateh 1. – HARAKAHDAILY 29/9/2019    

IMG 20190929 WA0020

IMG 20190929 WA0021

IMG 20190929 WA0022

IMG 20190929 WA0023 

IMG 20190929 WA0025

IMG 20190929 WA0026

- Advertisement -