SMITI Al-Hafidz KK bakal sekolah Islam ulung

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Permukiman Ahli Jawatankuasa Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Al-Hafidz Kota Kinabalu secara khususnya meletakkan nilai-nilai Islam sebagai tonggak utama dalam pembentukan murid.

- Advertisement -

Permukiman yang diadakan selama dua hari bermula semalam dan berakhir hari ini membincangkan pelbagai perkara termasuklah mengenai penjanaan dana, pembentukan manual dan juga kurikulum.

Turut hadir dalam permukiman diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah ini ialah Penaung, Penasihat dan Pengerusi SMITI Al-Hafidz, Dr Aliakbar Gulasan, Ustaz Salman Muhammad Amin dan Ustaz Mohd Tarmizi Mohd Yahya.

Institusi pendidikan menengah berteraskan pengajian Islam ini akan mula beroperasi bagi sesi akademik tahun 2020, di mana kini telahpun membuka pengambilan untuk kemasukan bagi tingkatan 1.

Secara umumnya permukiman ini telah mengesahkan untuk seluruh komponen sistem pengajian yang akan diguna pakai ialah subjek-subjek akademik, agama dan juga hafalan Al-Quran.

Dalam majlis penutupan permukiman, Ustaz Salman memberi suntikan iltizam supaya semua warga sekolah memastikan ia menjadi antara institusi terbaik dalam melahirkan insan yang bijak dan cemerlang. – HARAKAHDAILY 29/9/2019

- Advertisement -