Retreat perkasa penerangan Muslimat Johor

- Advertisement -

BAKRI: Lajnah Penerangan dan Media Baru Dewan Muslimat PAS Negeri Johor telah mengadakan permukiman (retreat) bertempat di Dewan At-Thohiriah, Sungai Abong, di sini semalam.

- Advertisement -

Program ini melibatkan semua Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan dan Media Baru dan Ketua-ketua serta Setiausaha Penerangan daripada 25 kawasan seluruh negeri Johor.

Ini bertujuan untuk melahirkan idea dan menyusun aktiviti dan gerak kerja semua portfolio agar lebih efisyen bagi mencapai visi dan misi Lajnah Penerangan dan Media Baru.

Taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Media Baru Muslimat PAS Malaysia, Nor Zarina Mohd Azhar dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Kartini Ahmad.

Antara perkara yang disentuh Zarina adalah mengenai kepentingan dan peranan media sosial sebagai medium utama masa kini di mana ia menjadi penggunaan hampir setiap rakyat Malaysia.

Maka serunya, tugas menggunakan media baru perlu lebih diperluas dan diperkasakan daripada media konvensional walaupun ianya tidak dinafikan masih berperanan khususnya kepada golongan tua.

Selain itu akui beliau, pendekatan menggunakan platform media sosial juga memerlukan komitmen tugas yang lebih tinggi kepada para petugas penerangan.

Justeru itu diharapya, dengan kewujudan unit-unit tambahan yang baru dalam penstrukturan organisasi, akan meningkat dan memperkasa lagi lajnah seterusnya membantu kepada gerak kerja lebih efektif.

“Program retreat bersiri ini akan disusuli lagi dengan siri-siri program bengkel, forum, gerak kerja amali dan taklimat-taklimat berkala bagi penambahbaikan memantapkan lagi lajnah.

“Ini diharap dapat mencapai target yang jelas di samping mengukuh ukhuwah sesama ahli lajnah,” demikian harapan Ketua Penerangan Muslimat PAS Johor, Hafsah Abd Rahman. – HARAKAHDAILY 29/9/2019

- Advertisement -