Kuih Bulan dekatkan PAS dengan kaum Tionghua

- Advertisement -

KOTA MELAKA: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Melaka telah mengadakan program edaran Kuih Bulan untuk mendekati kaum Tionghua ddi sekitar kedai-kedai perniagaan di Semabok dan Seri Duyong, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Inisiatif kepada masyarakat Tiong Hwa ini adalah bersempena Perayaan Kuih Bulan yang diadakan pada bulan Ogos sehingga akhir bulan September setiap tahun.

Program ini bertujuan mengeratkan ukhuwah dengan kaum Tionghua dengan cara mendekati mereka dan memberikan penjelasan isu-isu politik negara dan rakyat.

“Kita mengambil pendekatan ini agar rakyat Malaysia melihat PAS bukan parti yang rasis atau mengabaikan kaum-kaum lain seperti mana fitnah disebarluaskan oleh sesetengah pihak dan ahli politik dalam negara ini,” ujar Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Melaka, Zainudin Ab Latif.

Tambahnya, PAS Melaka akan terus bekerja dan memastikan program-program melibatkan bukan-Muslim atau pelbagai kaum ini terus diadakan dan membawa mesej “Islam Untuk Semua”.

Program edaran Kuih Bulan tersebut turut dihadiri oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Lajnah Perpaduan Nasional PAS Melaka Noorfazilah Ismail dan Salawati Alin. – HARAKAHDAILY 29/9/2019 

IMG 20190929 WA0010

IMG 20190929 WA0011

IMG 20190929 WA0012

- Advertisement -