Sultan Ismail Petra mangkat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempaun Zainab II, Kota Bharu pada pukul 8.11 pagi ini.

- Advertisement -

Laman Facebook Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi memaklumkan jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan kali terakhir.

Menurut laman itu lagi, istiadat pemakaman dijangka akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu Kelantan. – HARAKAHDAILY 28/9/2019

- Advertisement -