Penyatuan selepas politik Melayu terancam

- Advertisement -

PASIR MAS: Kira-kira 5,000 rakyat memenuhi Stadium Mini Pasir Mas bagi menyemarak agenda Muafakat Nasional.

- Advertisement -

Ceramah Perdana Hijratul Rasul dan Penyatuan Ummah peringkat Negeri Kelantan itu julung kali diadakan selepas kedua-dua parti kini bertaawun.

Ia mempertemukan dua pimpinan tertinggi parti, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan pada satu pentas.

Turut hadir Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob yang dihangatkan dengan ucapan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Bagi Menteri Besar yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat menyifatkan malam tersebut merupakan bersejarah kerana dapat berucap di hadapan ribuan penyokong yang merupakan dua parti terbesar orang Melayu Islam di negara ini.

“Ini merupakan satu penghargaan kepada pimpinan PAS dan Umno kerana tangkas mengambil tindakan untuk mengadakan persefahaman yang dimeterai dengan mewujudkan satu piagam baru-baru ini.

“Usaha ini merupakan takdir Allah yang hendak mengajar dan tarbiah kepada Umno untuk merasai pengalaman sebagai pembangkang mudah atau susah dan pengalaman apabila kuasa orang Melayu Islam berubah,” katanya.

Kata beliau apa yang dilakukan oleh kedua-dua parti bagi memastikan kuasa Melayu dan Islam dapat diteruskan sebagaimana yang pernah dilakukan PAS sebelum ini yang bekerjasama dengan pelbagai parti termasuk DAP.

Katanya kerjasama PAS bermula sejak penubuhan gerakan Islam pada 1969 dan tahun-tahun selepas itu sehingga tertubuhnya Barisan Nasional (BN) kerana melihat kepentingan dua teras rakyat itu terancam.– HARAKAHDAILY 28/9/2019

ma1

- Advertisement -